Aku masih mampu tersenyum walaupun luka di hati ini masih belum sembuh. Aku seorang yang kuat dan tabah. Aku bangga dengan diri aku kerana aku mempunyai kekuatan itu berbanding dengan orang lain.
Tak bererti aku tersenyum di hati aku turut tersenyum manis. Aku hanya lah manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan seperti orang lain. Kadang kala hati aku mudah tersentuh tapi aku berjaya mengawal.
Biarlah aku berduka seorang diri. Tak ada siapa yang faham apa yang aku rasa, apa yang aku lalui. Selagi aku masih boleh bertahan akan ku bertahan.
Aku tak minta lebih tapi aku cuma mahu diri ini dihargai dan disayangi. Hati aku terluka teruk akibat perbuatan kau. Bukan mudah untuk aku sayang orang. Tapi kau telah sia-siakan aku. Pernah kau berfikir bagaimana hati dan perasaan aku. Pernah?
Ahh sudah lahh, benda sudah berlalu. Aku malas nak fikir pasal ni lagi. Cukup, kau da buat hati aku menderita. Janji kau sudah tidak berguna lagi. Tak ada lagi Kau di ruang hati aku. Tak Ada.......
Jangan kau pernah datang kembali kepada ku. Akan ku buang kau jauh-jauh. Pergi lah kau ke sana. Pergi....