-->

Ohhh Alyaa Leyaa Story's ♥

16 January 2012

Kawan lupa kawan ???


Assalamualaikum . 

Okay , ini entry ke-2 buat hari ni . kemain rajin pula aku ? hihi . biar lah , bukan selalu rajin begini kan ? watlekk ~ okay , back to the topic , kawan lupa kawan ? macam mana kawan lupa kawan tu ? tak tahu ? pergi ke cermin dan tanya cermin tu sekarang ! *kalau lah cermin tu boleh jawab kan ? dah dah , jangan merepek lagi . 

K , aku paling tak suka bila kawan lupa kawan ni . Tolong lahh yee , aku benci orang macam tu . Kenapa bila perlu saja baru kau cari aku ah ? tanya itu ini dekat aku . bila tak perlu kau diam seribu bahasa . itu ke dinamakan kawan baik ? ohhh , bagi kau mungkin ya . bagi aku TIDAK ! kadang-kadang aku rasa macam kau ni berkawan dgn aku sebab nak hilangkan bosan kau tu , lepas tu cerita masalah . k , pasal cerita masalah tu aku tak kisah . tapi bila aku nak bercerita tentang masalah aku pula , kau dengar macam nak taknak jee . lepas tu kau cepat2 tukar topic . ehh , kalau kau jadi kat tempat aku , aku buat macam tu kat kau . kau sakit hati tak ? lain lah kau ni tak ada hati dan perasaan kan ? sakit hati dohh . lepas tu kau nak berahsia sangat dengan aku . kalau kawan baik dia takkan berahsia lahh . kau macam tak percaya kan aku je . watlekk . time kau susah kau cari aku juga kan ? ahh , menyampah ! kau boleh buat aku macam tu aku pun boleh buat macam tu . siapa nak tahan kalau ada kawan macam kau ni kan ? aku rasa tak ada siapa yang tahan doh . gentle . k , malas nak cakap pasal kau . kau dah besar panjang . boleh berfikir kan ? jangan letak otak tu kat lutut yee ?  k tata .

Terima kasih kerana sudi baca blog Alya yang tak seberapa ni :)

Borang UPU .


Assalamualaikum .

K , macam mana nak isi borang UPU ni ? kenapa kemain "SENANG" sangat nak isi borang ni ? alahaii , suka sangat buat aku macam ni tau , tak baik *tetibe jee . haha . Haihh . ada sesiapa boleh tolong aku tak ? haha . k laa , malas nak membebel , tata !

Terima kasih kerana sudi baca blog Alya yang tak seberapa ni :)

15 January 2012

Tolong lahh faham !


Assalamualaikum . 

sekarang dah pukul berapa eh ? Ohh pukul 2 lebih ? Ohh my , asal tak tidur lagi Alya ? habis lah kau , bermata panda lah kau nanti #Bermonolog diri sendiri *Abaikan !

Back to the topic , kenapa tajuk entry tu "Tolong Lah Faham!" nampakkan ? kalau tak nampak pergi ambil cermin mata cepat-cepat ! hihi . K , lately ramai yang paksa Alya itu ini itu ini . Seriously Alya tak suka k , T A K S U K A ! tolong lah faham . Tak semua orang suka di paksa kan ? begitu juga alya . selagi korang paksa Alya selagi itu lah Alya rasa rimas bagai . Kalau dah tahu orang tu tak suka dipaksa , kenapa nak paksa lagi ? sengaja cari penyakit eh ? bila orang tu dah marah bagai tahu pula kau nak bising , sedangkan orang tu dah kata jangan paksa tapi kau tak mengerti , kau degil juga . so terima lah kenyataan k ?  malas nak dipanjangkan cerita . Tolong jangan paksa Alya k , Tolong ! 

P/S : maaf kalau ada sesiapa terasa . tak ada niat nak buat sesiapa terasa , ni cuma luahan hati saja :) Assalamualaikum .

Lots Of Love ,
Alyaa Leyaa♥

Terima kasih kerana sudi baca blog Alya yang tak seberapa ni :)

13 January 2012

Shoutbox ?


Assalamualaikum .

Haa korang nampak tak Alya asyik dok tukar ShoutBox tu je ? 
K , sekarang ada yang terbaru , iaitu Shoutbox macam alya tu haa .
best juga benda ni . hihi 
Byebye Chatbox ♥

Terima kasih kerana sudi baca blog Alya yang tak seberapa ni :)

11 January 2012

Saya ditag !


Assalamualaikum .

Okay , Alya nak bagitahu ni bahawa Alya ditag oleh Syiro . First time babe kena tag ni . haha . dan macam tak percaya je kena tag . okay , terima kasih yee Syiro tag Alya :) okay , Alya nak jawab tag yang dia bagi . hikk .


  • You must post these rules. Each person must post 11 things about themselves in their survey.
  •  Answer the question the tagger set for you their post. And create eleven new questions for people you tagged to answer.
  •  You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
  •  Go to their page and tell them you have tagged him/her.
  • No tag back.
  • No stuff in the tagging section about “ you are tagged if you are reading this “. You legitimately (a.k.a really, trust with all honesty) have tagged 11 people.


1. 27/8/2012 umur aku baru masuk 18 tahun :D
2. Suka makan , dan sangat suka makan :D
3. suka ketawa sampai tak ingat dunia .
4. Selalu tersenyum manis walaupun dalam hati ni tengah sakit , kecewa etc .
5. Suka makan choki-choki , cokelat dan ais krim .
6. Tak suka dipaksa . berani lah kau paksa aku , penumbuk aku bagi !
7. Seorang yang garang ! dan manja juga . hihihihi :D
9. Suka kenakan orang . lagi-lagi dekat kawan sendiri . hihi . syok tau ! 
10. Rindu sangat zaman sekolah . tskk tskk :(
11. Saya sayang family , diri sendiri dan BFF :D


Masa untuk menjawab soalan yang ditag .

1. Apa kenangan paling pahit korang ? cecite cecite..
Kenangan paling pahit ? hihi , biarlah rahsia :D


2. Macam mana korang boleh bertemu dengan si dia ?
Si dia ? siapa ? haha

3. Awak prefer beli phone baru atau pakai phone lama biar sampai rosak dulu ?
Mungkin pakai phone lama dulu sampai rosak , baru beli phone baru :D

4. Blog ini umpama diari online kita . In real life , awak memang tulis diari tak?
Yaa , blog ni tempat luahan kita kot . In real life , tak menulis pun . malas :D

5.Subject apa yang paling korang tak suka masa sekolah dulu-dulu ?
SEJARAH ! *amboi , capslock terus . haha .Sejarah bosan kot .

6. Korang pernah kena buli ? or macam kena panggil dengan senior la .
Buli tu tak ada . tapi kena panggil dgn senior tu ada . HAHA

7. Awak suka Kpop tak ? kenapa ?
Haa suka sekadar untuk cuci mata saja . sebab lelaki semuanya handsome2 . HAHA

8 . Awak suka tak main game dekat Facebook ?
Suka . tapi tengok game juga lah :D

9. Adakah awak masih ingat password myspace or friendster awak?
Password myspace ingat kot . hihi

10. Sehari berapa jam awak online ?
Oh tidak tentu lah babe . tengok keadaan juga. kalau bosan online kejap je , kalau tak lama lah . haha

11 . awak suka math tak ? kenapa ?
50-50 lah . kalau yang senang suka lah . kalau susah , perghh ! tak suka babe . haha

Yeyy ! habis juga aku jawab soalan dia . hihi . k , aku nak bagi soalan kat korang pula . bersiap sedia .


1. Yang mana korang akan pilih , Boyfriend atau Sahabat ?
2. Kenangan yang paling manis dalam hidup korang apa ? share lah sikit . hikk :D
3. Korang masih sayangkan Ex korang ? kenapa ye ?
4. Subject apa yang paling korang suka dekat sekolah ?
5. Makanan kegemaran korang apa ?
6. Apakah hobi korang ketika masa lapang ?
7. Tabiat apa yang korang tak boleh tinggalkan ? ce share ce share :D
8. Pernah kena rotan dengan cikgu tak ?
9. Apa azam korang tahun ni ?
10. cita-cita korang apa ?
11. suka tengok cerita hantu tak ? hikk :D

Orang yang aku nak tag ialah -


Syasya Atiqah
Zaar Najwaa
Syaa Mimiey
Faqihah
Man yee
Fatin Mukhlisa
Nazirah



Terima kasih kerana sudi baca blog Alya yang tak seberapa ni :)

10 January 2012

Kerja ?


Assalamualaikum , 

Ramai yang tanya Alya kenapa tak kerja kan . Okay , bulan ni banyak aktiviti dgn family. so rugi lah kalau tak ikut family pergi ke sana ke mari kan ? 
Maybe bulan 2 baru start kerja . Dan selepas dapat result SPM . Mungkin akan terus sambung belajar , demi capai cita-cita . malas nak sambung lambat kerana nanti habis lambat . lebih baik sambung awal , habis pun awal . so Watlekk watpeace watcool k ? 

Lots Of Love , 
Alyaa Leyaa ♥

Terima kasih kerana sudi baca blog Alya yang tak seberapa ni :)

Moment 2011 :')


Assalamualaikum :)

Hai , hari ni nak cerita pasal kenangan dekat sekolah :'D k , terlalu banyak kenangan dekat sekolah tu . Pahit mahupun manis . Biasa lahh , bila time sekolah semua tak nak sekolah . Bila dah habis sekolah , nak sekolah balik . K , aku R I N D U sangat time sekolah . Tersangat R I N D U :( 

Teringat masa aku kat dalam kelas . Kat dalam kelas , aku lah yang paling bising , suka kacau kawan-kawan kt dalam kelas tu , suka gelak sampai tak ingat dunia , suka bergossip kat dalam kelas tu , suka buat cikgu marah sebab tak fokus . Hihi :D k , Rindu gila suasana dekat dalam kelas wehh . Serious ! Dan paling best kalau ada jamuan . Aku lah orang yang paling suka , sebab apa ? sebab Ada M A K A N A N . Ulang suara , M A K A N A N . okay , faham kan ? bagus yaa anak-anak . haha . Oh yaa ! Aku akan rindu juga nak berkawad , hitamkan kulit , buat formasi , kena dongak harimau bagai lah kan . Lepas ni sudah tentu aku takkan dapat buat macam tu lagi . eeee ! Rindu wehh , rindu ! sumpah rindu . tskk tskk :'( k , malas nak membebel panjang-panjang , tengok jela gambar tahun lepas ye ? gambar yang tak seberapa tu . tapi disebalik gambar ada kenangan :) Chekidout ! haha 

*Semua tak sabar nak makan kek :D 

*Last day school , at Mcd Mewah :) 

BestFriend :) 

 *All student 5RJP (ada lagi 2 orang k )

*Ngeh-ngeh , nampak tak aku walaupun tengah makan sempat lagi gelak-gelak . 

Hihi :D 

*Rindu dekat Shiela , nak cari pasal dgn dia (Rindu nak pakai jam Biru :'D )

Okay , gambar time kawad Daerah tahun lepas .

Hitam kan muka ? nampak sangat pipi tembam gila time ni :D 

*Sebelum atau lepas habis kawad #LupaDah  




K , lepas ni dah tak boleh nak berkawad macam dulu-dulu , tak boleh nak bising dekat dalam kelas bagai . Sebenarnya , Zaman persekolahan adalah zaman yang paling best sekali ! Sumpah tak tipu . I'll miss you girls and boys :') The End .

Lots  Of Love , 
Alyaa Leyaa ♥

Terima kasih kerana sudi baca blog Alya yang tak seberapa ni :)

ChatBox !


Assalamualaikum .

Okay , korang ada nampak tak perubahan dekat blog Alya ni ? haa nampak kan ? 
sekarang dah ada balik ChatBox tu . actually sebelum ni guna ShoutMix .
tapi kalau nak guna tu kena bayar kan , perghh ! memang tak sanggup lah .
so , sekarang korang boleh tinggalkan jejak korang kt Chatbox tu k ? 
hikk :D

Lots Of Love ,
Alyaa Leyaa ♥

Terima kasih kerana sudi baca blog Alya yang tak seberapa ni :)

8 January 2012

BestFriendForever♥




Assalamualaikum .

Okay , korang nampak tak gambar dekat atas tu ? mesti korang tertanya-tanya kan gambar siapa ? K , itu gambar BESTFRIEND Alya . Seriously Alya rindu sangat kat dia . Dia sekarang dekat Miri ,Sarawak sana . Maklum lah dia dapat PLKN kan . Mula-mula tu berat hati nak biarkan dia pergi . tapi nak buat macam mana , dia terpaksa kan . Tapi tak apa , sekejap saja dia pergi . K , dapat lepaskan rindu dihati ni bila On the phone dgn dia . Macam-macam cerita Alya dengar . tapi tak dapat beborak lama sebab Kredit Alya habis . haha . #kesian aku kredit habis :D tak apa , asalkan aku dapat lepas kan rindu . hikk :D

To Miera -

Babe , kau jangan lupa janji kita semua k ? Kita capai cita-cita sama-sama k ? senang cerita semuanya sama-sama lah :D Ingat ni , kau kawan dunia dan akhirat aku . siapa berani sakitkan kau , sebut saja nama aku . dengan pantas aku datang lepuk budak tu . haha :D Sumpah sayang kau doh . Iloveyou Nur Amiera Sappura Binti Aziz Mohamed ♥

Lots Of Love , 
Alyaa Leyaa ♥

Terima kasih kerana sudi baca blog Alya yang tak seberapa ni :)

5 January 2012

Ehhh ??


Assalamualaikum , 

Okay , korang ada nampak tak perubahan dekat blog ni ? 
Alah sikit je pun perubahanyaa . dah tak ada ShoutMix lagi . Entah apa hal gila shoutmix tu . sakit jiwa den ni haa . 
Okay , kalau korang dah follow blog alya , just tinggalkan jejak korang kt Comment entry ni takpun setiap entry terbaru ke apa . nanti alya follow balik :D

Lots Of Love ,
Alyaa Leyaa♥

Terima kasih kerana sudi baca blog Alya yang tak seberapa ni :)

4 January 2012

I Miss 2011 !


Gambar tahun lepas :)

Assalamualaikum .

Korang nampak tak gambar dekat atas tu ? Okay , gambar tu masa aku bercuti di Selangor . K , first time aku bercuti dengan Miera . Bermacam-macam ragam aku dengan dia masa tu . usha-usha budak sekolah time dorang buat kem kt situ . dok kacau-kacau dorang , mandi kolam macam tak pernah jumpa kolam . Seriously , banyak sangat kenangan dengan si Miera tu . K , sekarang ni dia tinggalkan aku dekat KL sorang-sorang . sedih tahukk ! tapi tak apa , bulan 3 nanti dia balik sini . maklum lah , dia dapat PLKN kt Sarawak sana . kemain jauh lagi , kalau dekat boleh lah aku melawat , ni jauh . memang aku jenguk kau dalam mimpi saja lahh miera . haha . Kau dekat sana hati-hati k ? ingat semua pesan aku . kau selalu cakap aku ni macam mak kau , berpesan itu ini . Well , aku pun rasa macam aku ni mak kau pulaaa . kemain lagi en . HAHA . Weh , ingat janji-janji kita k ? jangan kau lupa sudah . Tak ada siapa dapat pisahkan kita melainkan Kematian <3 Sayang kau SAHABAT .



Oh May ! Sumpah aku rindu gila time ni weh ! Time ni lah last kita Berkawad , hitamkan muka , bergaduh , bermasam muka bagai . Seriously aku rindukan semua tu . Lepas ni sure aku rindu gila nak berkawad , buat formasi bagai . Ahhh ! sumpah rindu time nak berkawad wehh . Lepas ni dah tak dapat merasa dahh . So sad :(  Sepanjang aku masuk kawad ni , banyak gila kenangan tercipta wehh . Apa-apa pun akan ku simpan semua kenangan terindah ni sampai bila-bila *ecehhh , tak boleh blahh . haha :D






Okay , aku rindu sangat time ni . tersangatlahh rindu k ! tahun terakhir kelas kitorang buat jamuan . wehh , rindu doh time nih . Tersangat lahh rindu :'( Macam biasa lahh kalau bab makanan ni , aku lahh orang yang paling suka ! semua makanan aku cuba . hikhik :D Aku akan rindukan rendang negeri sembilan mak wani yang pedas dan sedap tu . haha . yang mana tak kuat makan pedas kesian dekat korang . hikhik :D Aku rindu nak bising-bising kat dalam kelas sampai menganggu korang belajar , rindu nak kacau korang kalau aku bosan kt dalam kelas tu , rindu nak buat cikgu marah , rindu nak gelak sampai tak ingat dunia , semua nya aku rindu ! Tak di nafikan lagi , zaman persekolahan adalah zaman yang paling best bagi aku . memang ramai yang tak sabar nak habis sekolah macam aku juga . bila dah habis sekolah , haa amek kau ! hanya Allah saja yang tahu betapa aku rindukan sekolah . lepas habis sekolah ni banyak cabaran yang perlu kita tempuhi . K , malas nak membebel panjang . aku rindukan zaman persekolahan <3








K , korang nampakkan gambar dekat atas tu ? Alaa gambar aku yang pakai baju kurung moden ni haa . K , gambar ni masa graduasi . Oh my ! Macam tak percaya jee aku dah graduate time tu . Happy tau ! hikhik . Seronok je rasa dapat pakai jubah ni haa :D masa ni lahh dapat cantik-cantik dekat sekolah . sebelum ni biasa-biasa saja :D K , nak tunggu aku convo entah bila pula kan ? so , ni kira kenangan terindah juga lahh k . first time bergraduasi <3 



Okayy , Ni Zafirah Binti Hj.Shafiee . Dia kawan baik aku sejak Form 1 lagi k . dah 6 tahun aku berkawan dengan dia . suka duka pun dengan dia . dia banyak sangat tahu perihal aku . Kau pernah ikut aku balik kampung , pergi jalan-jalan dengan family aku , tidur rumah aku bagai . K , aku sayang kau doh . gentle aku sayang kau . Rahsia kau akan aku simpan dalam peti berbesi-besi . HAHA . K , terima kasih SAHABAT . kau banyak bersabar dengan aku , ikhlas kawan dengan aku . Sayang kau babe . Hati-hati dekat PLKN sana tu (Sabah) <3


And the last is Me ! Okay , gambar raya tahun lepas . hikk :D Tahun 2011 banyak mengajar aku erti Kesabaran , Ketabahan , suka duka dengan kawan-kawan dan keluarga , Begitu banyak kenangan pahit dan manis aku tahun 2011 . Aku takkan lupakan semua kenangan tu . Dan macam tak percaya aku dah nak masuk 18 tahun ! K , birthday aku lambat lagi . so , masih 17 tahun k ? haha :D Apa-apa pun aku bersyukur kerana masih bernafas sehingga hari ni . Aku berharap tahun ni lebih baik dari tahun sebelum-belum ni . Dan aku berharap juga azam aku tahun ni akan tercapai . Insya'Allah :)

Lots Of Love ,
Alyaa Leyaa♥

Terima kasih kerana sudi baca blog Alya yang tak seberapa ni :)

Owner :)

Owner :)
Alyaa Leyaa ,27 Ogos 1994 , Stay at Ampang :) Meet me on twitter @Alyaaleyaa
Daisypath Happy Birthday tickers

Gossip-Gossip !

Memories ♥

  • May (4)
  • April (4)
  • February (1)
  • January (11)
  • December (5)
  • November (5)
  • October (7)
  • September (8)
  • August (2)
  • July (7)
  • June (7)
  • May (14)
  • April (17)
  • March (17)

My Best Friend Forever ♥

My Best Friend Forever ♥
You are my Truly Friends . no one can be replaced unless you . i love you more than word . you are my great friend ever i had . I LOVE YOU SO MUCH ERIN ♥

Iloveyousomuch Sahabat ♥ Hanya kematian saja dapat pisahkan kita :)