-->

Ohhh Alyaa Leyaa Story's ♥

25 October 2011

McDonald ♥


Assalamualaikum ,

   Fuhhhh ! berhabuk aku punya belog ni weyy , labah-labah pun da buat sarang dekat belog aku ni haa wehh . okayy , entry kali ni aku nak cerita tentang study dekat Mcd . act , cerita ni semalam . tapi hari ni baru dapat update . hihi . oh yaa , memang terbaik laa semalam . study kejap yang selebihnya beborak bagai . kayy , susah nak fokus dekat sana . sebab kat sana memekak gilaa ! da macam pasar malam da haa . haihh . sabar je lahh . kay , malas nak membebel panjang-panjang . just see our picture kays ? nahh ~

l
l
l
l
V







   Okay , gambar yang selebihnya dekat facebook . ohh , aku tahu entry ni agak membosankan . so watlekk watpeace watcool kay ? hewhewhew :D



Terima kasih kerana sudi baca blog Alya yang tak seberapa ni :)

21 October 2011

Graduation ♥


Assalamualaikum :)

     Hari ni sekolah Alya ada buat Hari Graduasi . hihi . so excited kottt ! kay , memang best gila hari ni . sangat-sangat best kayy ! perghh , nak naik atas stage tuh . mengeletar kepala lutut ni haa weyy . kay , malas nak cerita panjang lebar . just see the picture okay ? hihi . then jangan jealous gugirls . haha 

l
l
l
l
v



















   Kay , banyak lagi gambar sebenarnya . ada yang dekat kawan apa semua . so , ini saja gambar yang Alya ada . hehe . okay tata !


Terima kasih kerana sudi baca blog Alya yang tak seberapa ni :)

15 October 2011

Selamat Tinggal Ibu .

-Selamat Tinggal Ibu-
...
“KAKAK, tolong ambilkan ibu air masak,”
kata ibu pada suatu malam selepas ibu penat bekerja. Tanpa disuruh-suruh, aku mengambil segelas cawan yang berisi air yang telah tersedia dan memberinya kepada ibu. Sudah menjadi kebiasaanku.

“Terima kasih anak ibu,” kata ibu sambil bersandar pada sofa yang dibelinya dari Paris . Suaranya lunak. Tanganku terus ke kepala ibu untuk memicit ibuku.

“Ibu penat?”

“Hmm…penat sangat. Tapi penat ibu terus hilang bila tengok kakak. Kakak dah siap assignment? Buat apa tadi?’’

“Dah siap lama dah. Sampai tertidur tadi kakak tunggu ibu. ibu dah makan?”

“Dah. ibu nak solat kejap ye.”

“ok,”
Jawabku ringkas. Aku tinggal berempat sahaja bersama ibu, Mak Mah dan Pak Samat di teratak kami yang terletak di Country Heights ini. Maahad? Sekolah lamaku dulu yang meninggalkan banyak memori.

Mentarbiah hati setiap waktu. Namun itu dahulu. Kini sekolah agama yang tersohor tidak lama dulu sudahpun bertukar menjadi SBP tanpa ‘i’ bersebelahan huruf ‘P’. Ayahku telah lama meninggal dunia. Ayah meninggal pada hari kelahiranku. Kata ibu, ayah tergesa-gesa ke hospital setelah mendapat panggilan dari pihak hospital yang mengatakan masa untukku lahir sudah tiba.

HUJAN turun dengan lebatnya. Sebagai seorang lelaki yang sudahpun bertukar ke title seorang bapa, Mustaqim berasa amat gembira menerima kelahiran puteri pertamanya. Tanpa menghiraukan hujan lebat yang mencurah-curah, Mustaqim sengaja menekan minyak mercedesnya meluncur laju ke hospital. Dengan hati yang berbunga-bunga riang. Dia mula terbayang-bayang wajah puterinya itu dengan senyuman isteri tercinta. Berkhayal. Indahnya! Tiba-tiba sebuah lori ESSO yang membawa muatan minyak membelok ke kanan lebuh raya Kajang Silk. Tanpa sebarang amaran. Bakal ayah ini panic dan menekan brek kereta. Kereta terperosok ke bawah lori tanker. Kepala ayah terkoyak menampakkan tengkoraknya apabila terhentak ke stering. Darah mengalir laju, tanpa segan silu. Selang beberapa minit lori itu “bom!” meletup!

TANGGG!
Dulang makanan yang dibawa nurse Munirah terjatuh. Ibu terkejut. Makanan bersepah di atas lantai hospital.
“Maaf ya, puan,” ujarnya serba salah.

“Tak mengapa,” ujar ibu tenang. Namun gejolak dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu. Ibu amat gembira kerana aku dapat lahir dengan selamat akan tetapi ibu berasa cemas apabila kelibat ayah masih lagi belum muncul. Akhirnya, pihak hospital memberitahu ibu tentang kematian ayah. Ibu bagai hendak histeria ketika itu. Ibu amat sedih. Setiap kali teringatkan ayah pasti mataku akan berair. Ngilu terasa menghiris jiwa.

“Kenapa ni anak ibu?” soal ibu apabila melihatku.

“Tak ada apa-apa, bu,” jawabku ringkas. Suasana menjadi hening seketika.

“guess what, sayang?”

“What?”

“ibu terpaksa outstationlah. Seminggu pulak tu. Kali ni ibu kena pergi ke Ireland. Ibu ada mesyuarat dan seminar di sana. Kakak tak apa-apa kan?” kata ibu, mengenggam erat-erat tanganku. Mataku sengaja aku bulatkan.

“Kenapa lama sangat, bu?’’ rungutku. Entahlah…. Berat rasanya untuk melepaskan ibu kali ini biarpun aku sudah terbiasa ditinggalkan ibu.

“Mestilah lama. Dah namanya pun outstation. Hari tu lagi lama kan? Sebulan ibu di Beijing. Semuanya akan okay. Kakak janganlah risau. Doakan ibu selamat pergi dan balik ye. Kakak kan anak solehah.’’

“Tapi, bu…….. Ibu tak payah lah pergi. You’re the big boss, bu. suruhlah orang lain.’’ Kataku dengan nada sedikit merajuk. Mulut muncung.

“Muncung dia….. sedepa! Anak ibu kan good girl? Kakak 6 tahun ke 26 tahun?’’ pujuk ibu sambil mencuit hidungku. Seperti memujuk budak kecil. Tawaku dan ibu terburai.

“Okay boss! Mari kakak tolong ibu kemas baju. Ibu pergi esok kan?’’

“Yes, darling.’’ Ibu tersenyum.

HARI ini mendung semendung hatiku. Rasa tak sedap hati masih menyucuk-nyucuk hati ini. Dari semalam aku asyik berdoa. Ya ALLAH selamatkanlah perjalanan ibuku. Selepas bersarapan aku menghantar ibu ke lapangan terbang.

“Betul ke ibu nak pergi ni?’’ soalku setelah tiba di lapangan terbang.

“Betullah. Dah sampai kat airport pun. Takkan nak patah balik kot?’’ Usik ibu sambil mencubit pipiku.

“Jaga diri ibu baik-baik tau. Ibu call lah kakak tiap-tiap hari. Sampai sana terus call jugak tau,’’ kataku sayu sambil memeluk ibu.

“Hmm… ibu mestilah call anak ibu yang sorang ni. Kakak belajar elok-elok tau. Mak Mah ada dekat rumah. Kakak janganlah takut.’’

“Bu, kakak minta maaf kalau-kalau ada perbuatan atau kata-kata kakak menyinggung perasaan ibu. Halalkan makan minum kakak, ibu,’’ entah kenapa tiba-tiba sahaja ayat itu terkeluar dari mulutku. Aku sendiri tidak pasti. Wajah ibu aku pandang dalam-dalam.

“Ibu dah lama maafkan kakak. Kakak pun maafkan ibu ye. Ibu ada marah-marah kakak tanpa sebab…’’

“Tak… tak pernah pun,’’ kataku. Setitis air jernih tertumpah jua. Mengalir ke pipi. Terasa sungguh syahdu. Itulah kali pertama aku menangis di depan ibu.

Jauh disudut hatiku mengatakan inilah kali terakhirku bersama ibu. Dari kejauhan pemandu kami, Pak Mat bergegas membawa bagasi ibu.

“Sabila Husna… janganlah menangis, sayang. Ibu pergi tak lama. Minggu depan ibu balik. Jangan macam ni. Walau apa pun terjadi, kakak kena ingat ibu sentiasa ada dalam hati kakak,’’ tanganku dipegang ibu dan diletaknya tepat di jantungku.

"Ibu pergi dulu, sayang…’’ Air mataku mengalir laju tanpa disuruh-suruh mengiringi pemergian ibu.
"Ibu, I love you!’’

“Love you too, kakak,’’ kata-kata terakhir ibu sebelum pergi. Kata-kata terakhir yang tak akan pernah aku lupa.

“IBU? Bila ibu balik? Tak call kakak pun. Kesian ibu balik naik teksi. Kenapa tak suruh Pak Mat ambil ibu? "Kakak rindulah dekat ibu,’’ soalku apabila masuk ke bilik ibu. kelihatan ibu diatas sejadah, siap bertelekung.

Mungkin ibu baru sahaja selesai bermunajat kepada Yang Satu, fikirku. Aku mengambil tempat di sebelah ibu. bersalam dan mencium tangan ibu. Tangan ibu sejuk.

“ibu baru balik, sayang. Tapi kejap lagi ibu kena pergi,’’ kata ibu sambil mengusap kepalaku.

"Nak pergi lagi? Nak pergi mana? Ibu tak kesian kat kakak ke?’’ air mataku bergenang entah kenapa.Wajah ibu amat syahdu sekali.

Sambil berdiri, ibu berkata, "Kali ni ibu pergi lagi lama dan jauh. Kakak doakan ibu ya.’’ Aku menarik tangan ibu. namun, ibu melepaskannya dengan perlahan-lahan, meninggalkan aku sendirian.

"Ibuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!’’

"KAKAK…Kakak… Bangunlah…’’ terdengar suara Mak Mah. Kenapa pulak lah Mak Mah kejut aku pagi-pagi ni? Subuh pun tak masuk lagi. Kelas mula pukul 10 pagi nanti.

"Mak Mah kenapa kejut kakak pagi-pagi ni?’’ soalku sambil menarik selimut.

"Ibu…’’

"Hah? Ibu ada call ke?’’ mataku terus cerah.

"Bukan…bila Mak Mah cakap kakak jangan terkejut tau. Janji?’’

"Yes promise,’’ kataku. Hatiku berdebar hebat. Aku membetulkan kedudukanku.

"Ibu… ibu dah tak ada.’’ Hatiku bagai direntap kuat apabila mendengar berita itu.

"Ap…apa Mak Mah cakap tadi? Dah tak ada? No, it can’t be. Baru tadi kakak jumpa ibu,’’ ujarku sungguh-sungguh. Rasa tidak sedap hati semakin memuncak bagai lahar gunung berapi membuak-buak meletus keluar dari mulut gunung berapi yang sudah lama pendam. Mataku berkaca. ‘’Ibu ada tadi.’’ Suaraku mengendur.

"Kakak… kakak mengucap. Bersabar. Tadi pihak hospital di sana telefon Mak Mah. Mereka kata ibu kemalangan dan koma. Kereta ibu terjunam ke dalam gaung. Banyak darah ibu hilang dan di kepala ibu ada darah beku. Mereka dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan ibu tapi ALLAH lebih sayangkan ibu,’’ terang Mak Mah.

Air mataku seperti tiada nilai lagi. Mengalir deras sederas air sungai yang mengalir. Hidup ini terasa kosong dan tidak ada gunanya aku hidup. Mula-mula ayah, lepas tu ibu. Siapa lagi yang aku ada??? Ya RABB besarnya ujian yang KAU berikan padaku. Tika ini bergema dalam hatiku sebuah suara, yang tidak tahu datangnya dari siapa, membisikkan semangat dalam diriku, ’’Cukuplah ALLAH bagiku; tidak ada Tuhan selain DIA. Hanya kepada-NYA aku bertawakkal.’’

"ASSALAMUALAIKUM ibu, kakak balik dulu. Esok kakak datang lagi. I love you, ibu,’’ kataku setelah selesai membaca Yaasiin dan berdoa. Sudah sebulan ibu meninggalkan aku. Sambil melangkah pergi meninggalkan kubur ibu, dengan keadaan yang damai kurasakan, aku memejamkan mata.
“kakak…”

Tiba-tiba suara itu menerjah ke gegendang telingaku. Tidak pula aku membuka mata untuk mencarinya. Sungguh aku kenal suara itu kerana suara itu akan sentiasa bergema dalam hatiku buat selama-lamanya.

♥bersyukurlah kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu bapa♥♥
Jangan lupa untuk tekan butang Share & Tag selepas anda baca ♥




Terima kasih kerana sudi baca blog Alya yang tak seberapa ni :)

10 October 2011

Oh BULAN ♥


Assalamualaikum semua :)

    Tarikh hari ni 9/10/2011 . Tarikh yang sangat cantik :) ohh ya , bukan setakat tarikh saja yang cantik . malah BULAN malam ni pun cantik sangat sangat . ohh ! indah sungguh ciptaan Allah ni . aku melihat bulan pada malam ini sungguh cantik sekali . terpegun aku melihat nya . tapi dalam masa yang sama aku berfikir , kenapa ia jadi sebegini . tidak pernah ku melihat bulan seperti malam ini . cuba lihat gambar bawah ni .

l
l
l
V

Cantik bukan ? indah sungguh ciptaan Allah :)

   Oh yaa , tadi aku tengok status facebook . So aku just copy and paste saja . untuk share sama-sama dengan korang semua . tapi tak tahu laa sama ada benda ini betul atau tidak . wallahualam :) ni haa yang aku nak share :) 

l
l
l
V

Sheikh Muhammad Fadzil wrote: Hati-hati dengan kajaiban tuhan terhadap bulan pada hari ini. Dalam masa 44 hari, suatu benda yang dasyat akan berlaku terhadap semua umat manusia di bumi ini sebelum tarikh keramat tiupan sangkakala. Bulan yang indah ini bermaksud bumi ini sudah goyah dan uzur untuk didiami oleh umat manusia. Diharapkan kepada umat islam bersunggguh-sungguhlah melakukan Ibadat terhadap ALLAH S.W.T s...







  Okay , agak-agak meremang tak bulu roma korang bila baca ni ? sudah semestinya kan ? haa , manusia ni selalu lupa dan leka dengan duniawi ni . bila dapat berita macam ni baru nak ingat Allah . bila time susah baru nak ingat Allah , bila senang lupakan Allah dan  leka dengan duniawi ni . okayy , itu saja yang aku nak share . by the way , bulan malam ni sangat CANTIK :)





Terima kasih kerana sudi baca blog Alya yang tak seberapa ni :)

8 October 2011

Menghitung hari ~





Assalamualaikum ,

   Hari ini sudah hari Jumaat . Esok hari sabtu dan lusa hari Ahad . okay , sekejap je rasa masa berlalu . huhhhh ~ minggu depan da bermula hari persekolahan . ahhh , malas betul nak bangun pagi-pagi . beratur pagi-pagi . lagi-lagi hari isnin . okay , TERsangat lah malas .

   Kenapa la masa cepat sangat berlalu ? makin lama , makin dekat nak SPM . ohhh ! aku tidak bersedia lagi untuk menghadapi SPM . Aku masih leka dan buat-buat tidak tahu yang aku bakal akan menduduki SPM . ahhh , kusut nya kepala hotak aku bila fikir pasal SPM . aku risau dan takut bila memikirkan SPM . SPM SPM SPM ! okay , buat lutut aku ni bergetar saja . minta minta la SPM nanti soalan senang . boleh la aku jawab dengan senang hati dan senyum sampai ke telinga macam ni ---> :D .

   Kalau dikira-kira balik , lagi berapa minggu saja nak SPM . tak sampai sebulan pun . omjayyy ! aku takutttttt ! agak-agak kalau aku tak dapat jawab , boleh tak mesej sesiapa minta jawapan ? boleh tak boleh tak ? Alaaa , boleh laa . pleaseee ! huhh . Alangkah bahagia nya kalau BOLEH . tskk tskk :'( tak apa , tak apa . usaha itu di tanggga kejayaan . bukan di mana-mana tangga ye anak anak sekalian . hihi :D oh ya ! minta-minta laa Gred turun . senang lah aku nak target berapa . kalau gred meningkat memang menangis keluar air mata darah lah nampak nya haku nanti . tskk tskk :'( okay laa , nak update entry lain pulaa . tata .



Terima kasih kerana sudi baca blog Alya yang tak seberapa ni :)

5 October 2011

Ngokk ngekk --'


Assalamualaikum :)

    okayy , ni entry yang kedua untuk hari ni . hihi . rajin lah pula nak update entry . kayy , takpe . sebab da bukak sekolah nanti sure da tak boleh da . sebab busy study untuk SPM . okayy , taknak cakap pasal SPM ! buat gua takuttttt ! bergetar lutut gua ni lu tau ? lu taktau ? okay lu diam , kang gua kiss lu baru lu tau ! hahaha :D

  Okay , sebenarnya entry yang ini Alya nak cakap pasal MAXIS !!!! arghh ! kenapa maxis jadi macam ni ? how dare you do this to me my dear ? uhhh ! can't believe it . kenapa kau tolak kredit aku tanpa memberitahu aku ? sesuka hati kau saja mahu menolak kredit aku . habis kredit aku tinggal RM0.00 ! nasib laa kedai dekat  dengan rumah . dengan sepantas kilat nya aku pergi ke kedai untuk beli topup . huh ! menyusahkan saja maxis ni --' kang aku tukar ke DIGI kangggggg ! baruu kau nangis maxis . jangan laa tolak kredit ku sesuka hati . wuuuu ~ Sekali lagi kau buat hal , aku tukar ke digi or celcom . okayy my dear ? okayy baiii :P


Terima kasih kerana sudi baca blog Alya yang tak seberapa ni :)

Gred SPM ?


Assalamualaikum semua :)

    Hari ni Alya nak share sikit Gred SPM . okayy , memang terkejut gila dapat tahu Gred SPM meningkat ! wowww ! terbeliak mato den tengok nyoo ehh 0.0 wuuuuu  :'( kenapa kejam sangat gred ni ? haa ? macam mana nak target ? adoyyy , boleh botak laa macam ni . habis rambut ku gugur semua . #okayy tipu :P hmm hmm , macam mana ni ehh ? ada tak ubat yang boleh jadi pandai dengan sekelip mata ? kalau ada , bak sini ! CEPAT ! #okayy , terdesak sangat :'( 

    Mungkin ada yang da tahu gred berapa dan mungkin ada yang taktahu . okayy takpe , i will share with you all :) nahhh .
l
l
l
l 
V

90-100A+
80 - 89 A
75 - 79 A-
70 - 74 B+
65 - 69 B
60 - 64 C+
50 - 59 C
45 - 49 D
40 - 44 E
0 - 39 G

   okay , amacam ? naik tak gred dia ? naik mendadak kan ? okayyy ( F ) thiss ! arghhh ! tension nyaa kalau gred macam ni . kena laa usaha lebih sikit . okayy , pray for me okay ? thats all . kbaii :)




Terima kasih kerana sudi baca blog Alya yang tak seberapa ni :)

Owner :)

Owner :)
Alyaa Leyaa ,27 Ogos 1994 , Stay at Ampang :) Meet me on twitter @Alyaaleyaa
Daisypath Happy Birthday tickers

Gossip-Gossip !

Memories ♥

  • May (4)
  • April (4)
  • February (1)
  • January (11)
  • December (5)
  • November (5)
  • October (7)
  • September (8)
  • August (2)
  • July (7)
  • June (7)
  • May (14)
  • April (17)
  • March (17)

My Best Friend Forever ♥

My Best Friend Forever ♥
You are my Truly Friends . no one can be replaced unless you . i love you more than word . you are my great friend ever i had . I LOVE YOU SO MUCH ERIN ♥

Iloveyousomuch Sahabat ♥ Hanya kematian saja dapat pisahkan kita :)