-->

Ohhh Alyaa Leyaa Story's ♥

30 September 2011

Gambar-gambar . hee :D

Assalamualaikum , 

   Okay , aku nak upload gambar jamuan hari raya dekat sekolah hari tuh . so , enjoy lah yee . hihi 

l
l
l
l
V











  okayy , malas nak upload banyak-banyak . nanti blog aku jadi berat . so , ini saja yang mampu aku upload . hihihi . kbaii :D



Terima kasih kerana sudi baca blog Alya yang tak seberapa ni :)

29 September 2011

Kasihnya Ibu Berkorban Nyawa ♥






Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.

Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.

Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi disini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.

Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.

“SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!
Jangan lupa untuk berkongsi kisah ini ye sahabat2...

By: Dominique Padua Balaba




Terima kasih kerana sudi baca blog Alya yang tak seberapa ni :)

28 September 2011

Jamuan hari raya di sekolah ♥

Assalamualaikum , 

   Hai kawan-kawan :) hari ni kelas kite ada buat jamuan hari raya . kay , seronok sangattttt ! lagi lagi makanan banyak kann . perghhh ! da macam parti da tadi . parti makan-makan . hihi :D macam-macam aku makan hari ni , semua sedap-sedap belaka . tahun ni tahun akhir kitaorang macam ni . lepas ni ntah bila la pula kan ? haihh :( okayy , tak mau sedih sedih , nanti tak comel . Cool Alyaa cool :P

   Ohh yea , gambar time jamuan tak ada dekat aku . dekat kawan akuu . so , bila da ada nanti aku tunjuk dekat korang kayy ? urm urm , entry ni pendek jee . malas nak merapu meraban dekat sini . aku tahu entry aku tak berapa nak menarik . okayy kesah ? hihi . kbaii :-*



Terima kasih kerana sudi baca blog Alya yang tak seberapa ni :)

Wahai anak Adam , Syaitan sedang memerhatikan kamu .

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
... Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1.Anda - Patut ke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je



Terima kasih kerana sudi baca blog Alya yang tak seberapa ni :)

27 September 2011

Perubahan di dalam blog !

Assalamualaikum ,

     Hari ni Alya nak bagitau sikit . hihi . Apa korang nampak perubahan dekat dalam blog ni eh ? agak-agak korang nampak tak ? mesti lah nampakkan ? okayy , banyak gila perubahan dia ! cantik tak cantik tak ? cakap lahh cantik ! nanti Alyaa beli choki choki sorang satu kay ? okayy baguss ^_^

    Hari ni tetibe alya rasa RAJIN sangat-sangat , sampai edit blog bagai . okayy , lama juga lah amik masa nak edit ni . kay takpe , asal kan Alya puas hati dengan perubahan dekat blog ni . hihi . okay , lagu semua da tukar . hope korang sukaa dan tenung lama-lama blog Alyaa ni kay ? tapi jangan lahh suka dengan tenung jee . FOLLOW lah sekali . hihi . okay itu saja untuk hari ni . Assalamualaikum :)

   

Terima kasih kerana sudi baca blog Alya yang tak seberapa ni :)

25 September 2011

Raya & makan-makan :D

    Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam 1 Malaysia !


    Pada hari ni , saya ingin meng-update blog yang telah sekian lama saya meninggalkan . okay , saya tahu saya sudah lama tidak update blog . Confirm awak semua rindu saya kan ? okayy , saya da tau da . hewheww , malu lerr saya :D

    Okay , semalam rumah saya ada buat makan sikit-sikit . tapi kawan-kawan saya ramai takdatang :/ kayy , takpe takpe . open house rumah korang nanti aku taknak datang !!! hahaha . thanks siapa yang datang rumah saya semalam :P rugi betul siapa yang tak datang . menu semua best-best belaka . rugi tauuuuu ! hihi . ohh yea , semalama ada artis datang rumah sayaaa . Tapi artis cina lahh . Janet Khoo , mesti korang tak berapa nak kenal kan ? kay , takpe nanti saya tunjuk gambar dia . dia sangat sporting sporting dan sporting . hihi . kay , malas nak membebel panjang-panjang . awak tengok lah gambar-gambar kat bawah ni yee ? hihi

l
l
l
l
V


















Terima kasih kerana sudi baca blog Alya yang tak seberapa ni :)

4 September 2011

McDonald with Erin Amad ♥







   Assalamualaikum , 

     Korang nampak tak gambar dekat atas tuh ? nampak tak nampak tak ? apaa tak nampak ? bahaya ni . 3 kali jumaat lettuww #joke haha . kayy , setelah sekian lama aku dengan ERIN tidak berdating dekat McDonald atau lebih dikenali McD . hihi . kay , semalam dapat juga lepas rindu nak lepak sama-sama kan . maklum lahh , orang tuh da dok asrama . balik sini pun sebulan 2 kali . mana lepak sangat da kann . lagi pun tahun ni aku SPM . so kena lahh berkorban sikit semua tuhh . hihi .

   Kay , gambar sebenarnya banyak lagi dekat FB erin tuh lahh . malas nak upload . tengok sikit-sikit sudah lee . nanti tak tidur malam pula korang . yelahh , tengok gambar budak dua orang yang comelss niiii #perasan kejap . hahaha :D 

   Erin , kau dekat sana jangan percaya sangat kata-kata manis budak sana . itu semua umpan saja . kalau dorang dok mengata kau , bom kau etc . kau buat tak tau saja . masuk telinga kanan keluar telinga kiri . budak macam tuh tak matang namanya . asyik gaduh saja . dan Kau tuh da Form 5 cik kak oii . perangai matang lahh sikit . tak malu kee gaduh dengan budak bawah kau ? ish ish ishh , acane lahh kau da habis sekolah nanti kan ? sebelum kau nak serang orang . selidik dulu kayy . jangan main serbu tak tentu hala . bila da malu , mula lahh dok cover-cover . eeeeiiiii , takde life lah kau ni --' Erin , ingat semua pesanan aku kay ? kau kena kuat semangat . jangan lupa diri . yang paling penting sekali kau kena banyak BERSABAR . ingat , ini semua dugaan yang Allah beri kepada kita . ingat semua kata-kata aku kay ? I love you so much BFF ♥ muaahxx :* kbaii 

Terima kasih kerana sudi baca blog Alya yang tak seberapa ni :)

Selamat Hari Raya ♥



    Assalamualaikum ,


    Sudah lama kita tidak bertemu . Apa khabar orang di sana ? sudah rindu lettuww orang di sini . hihi . kay kay , Alya tahu da lama gila tak update blog kan ? confirm korang rindu nak baca isu isu terkini ? #ecehh , macam berita pulak da ni . haha . kayy , maaf lahh . Alya tak ada masa nak update . maklum lahh , online pun pakai phone . jarang sekali dapat online pakai lappy . ni pun baru dapat online pakai lappy . Alang-alang tuh update lah sekali . hihi :D

     Kay , back to the topic . Alya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin . Alya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika Alya ada TERkasar bahasa , TERsilap bicara , TERsombong , TERjeling , TERkutuk , TERmengata , TERmarah tak tentu pasal dan sebagainya lahh . Setiap manusia ada melakukan kesilapan . Begitu juga dengan Alya . tak pernah lari dari melakukan kesilapan . jadi sempena hari yang mulia ini mari kita bermaaf-maafan . kira kosong-kosong lah ehh ? hihi . buka buku baru tutup buku lama . Dan semua calon SPM yang akan menduduki TRIAL isnin nanti . good luck okayy , do the best . tahun ni tak boleh nak beraya sangat . beraya dengan buku aje lahh . lepas spm baruu lahh boleh beraya . hihi :D

  Raya tahun ni tak berapa nak seronok sangat . tak tahu sebab apa . mungkin nak TRIAL kott . hihi . nervous , takut dan sebagainya ada dalam diri ni . haihh . okayy , tahun ni takde langsung gambar raya dengan family . tskk tskk :'( sabar je lahh . apa- apa pun . tengok aje lahh gambar bawah ni .

l
l
l
l
l
V





   Act , banyak lagi gambar raya . tapi dekat Erin tuh haa . malas nak upload banyak-banyak . bukan korang tengok punn . hahaha . kayy itu saja nak cakap . nak update yang lain pulaa . hihi . kbaii :)



Terima kasih kerana sudi baca blog Alya yang tak seberapa ni :)

Owner :)

Owner :)
Alyaa Leyaa ,27 Ogos 1994 , Stay at Ampang :) Meet me on twitter @Alyaaleyaa
Daisypath Happy Birthday tickers

Gossip-Gossip !

Memories ♥

  • May (4)
  • April (4)
  • February (1)
  • January (11)
  • December (5)
  • November (5)
  • October (7)
  • September (8)
  • August (2)
  • July (7)
  • June (7)
  • May (14)
  • April (17)
  • March (17)

My Best Friend Forever ♥

My Best Friend Forever ♥
You are my Truly Friends . no one can be replaced unless you . i love you more than word . you are my great friend ever i had . I LOVE YOU SO MUCH ERIN ♥

Iloveyousomuch Sahabat ♥ Hanya kematian saja dapat pisahkan kita :)